loading...

“Emma Maembong Ajar Saya Hargai Wanita, Bersyukur”

Mengakui bahawa kegagalan dalam percintaan sebelum ini berpunca dari dirinya sendiri, Kamal Adli bagaimanapun menyifatkan hubungannya dengan Emma Maembong mempunyai keistimewaan tersendiri.

BACA: Emma Maembong Jawab Kritikan Adegan Berpeluk

“Emma membuka mata saya untuk menjadi lelaki yang bersyukur dan menghargai kehadiran pasangan kita. Janganlah pada awal perkenalan saja kita bersungguh-sungguh cuba mengambil hati dan selepas berada di zon selesa, kita mengabaikan dirinya. Itulah diri saya sebelum ini”

“Percayalah, jika seorang lelaki sentiasa menghargai dan prihatin terhadap pasangannya, si dia takkan meninggalkan dirinya,” jelas pelakon lelaki ini kepada BH Online.

Sementara itu, Kamal menyatakan bahawa dia lebih selesa jika hubungannya bersama Emma tidak menjadi perbualan ramai malah ada di antara pihak yang membezakan mereka dengan pasangan selebriti yang lain. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...