loading...

AS Desak Korea Utara Ampun Pelajar Curi Sepanduk Politik

WASHINGTON – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) semalam menggesa Korea Utara mengampunkan seorang pelajar negara itu yang dijatuhi hukuman 15 tahun kerja berat tahun lalu kerana mencuri sepanduk politik di sebuah hotel di Pyongyang.

Gesaan untuk ‘pembebasan serta-merta’ terhadap Otto Warmbier, yang berusia 20-an itu dibuat tatkala Setiausaha Negara, Rex Tillerson dalam perjalanan ke Jepun, Korea Selatan dan China bagi membincangkan usaha Pyongyang menempatkan peluru berpandu nuklear.

“Kami percaya hukuman 15 tahun kerja berat terhadapnya adalah keterlaluan tanpa sebab semata-mata kerana perbuatan yang didakwa dilakukan Warmbier.

“Kami menggesa Korea Utara agar memaafkannya dan memberinya pengampunan khas dan pembebasan segera atas dasar kemanusiaan,” kata jurucakap Jabatan Negara, Mark Toner.

Beliau juga meminta kedutaan Sweden di Pyongyang, yang menawarkan khidmat nasihat terhad kepada warga AS yang dipenjarakan di Korea Utara, dibenarkan berjumpa dengan pelajar berkenaan.

Warmbier, pelajar Universiti Virginia dikenakan hukuman berat oleh Mahkamah Tinggi Korea Utara pada 16 Mac tahun lalu selepas mengaku mencuri sepanduk propaganda di ruang kakitangan hotel, di mana dia menginap bersama sekumpulan pelancong di Pyongyang. – AFP/BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...