Pelakon Anzalna Nasir menjelaskan dia tidak tertekan apabila orang sekeliling bertanyakan mengenai soal anak terhadapnya. Jelasnya dia tidak pernah merancang soal anak kerana baginya itu adalah rezeki kurniaan Allah.
BACA: Kongsi Gambar Romantis, Anzalna Nasir Tak Menunjuk
“Sebenarnya tak plan pun, sebab kalau kita plan nak anak tahun depan, dan tak ada lagi kita akan kecewa> Kalau ada, adalah. Tak boleh anggap tertekan kerana mereka mengambil berat soal kami,” katanya kepada Rotikaya.
Tambahnya lagi, usaha perkahwinan mereka baru mencecah setahun dan dia sendiri masih belum puas untuk meluangkan masa bersama suami tercinta.
“Masih awal lagi setahun. Itu pun rasa tak puas lagi untuk luangkan masa dengan suami, masih dalam honeymoon,” katanya sambil berseloroh. (rtky/h)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW