Masih lagi belum berpunya, pelakon dan penyanyi Fardhiya menyatakan bahawa dia mahukan bakal suaminya nanti berpenampilan kemas selain mempunyai beberapa ciri yang digemarinya.
BACA: Gossip: Faradhiya Putus Cinta Dengan Suami Orang?
“Dia tidak perlu terlalu kacak atau cukup sekadar kulit hitam manis. Dia juga mesti memiliki gigi yang cantik dan gusi bersih. “Ini paling penting buat saya kerana dengan senyuman yang menampakkan gigi dan gusi yang bersih, ia akan membuatkan raut wajah lebih bersinar”
“Dia juga mestilah ‘kaki’ gimnasium dan pandai menjaga penampilan diri. Tapi kalau dia suka mengawal dan mengatur apa yang perlu saya buat, lupakan hasrat itu,” jelasnya kepada BH Online.
Namun apa yang penting, jejaka pilihannya itu adalah berbangsa Melayu. Tambah Faradhiya, selepas putus cinta sebelum ini, perkara tersebut membuatkannya lebih berhati hati dalam memilih teman hidup. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW