SINGAPURA – Malaysia berada di tangga kedua di Asia Tenggara dari segi kebebasan melakukan perjalanan tanpa visa ke 164 negara.
Menurut hasil dapatan Indeks Sekatan Visa Henley & Partners 2017, Singapura di tangga teratas membabitkan 173 negara manakala Brunei Darussalam di kedudukan ketiga dengan 151 negara, lapor Bernama.
Negara Asia Tenggara lain seperti Timor Leste menikmati akses tanpa visa ke 83 negara, Thailand (71), Filipina (61), Indonesia (57), Kemboja dan Laos masing-masing 48, Vietnam (45) manakala Myanmar (41).
Di peringkat global pula, Malaysia di tempat ke-13 berbanding Singapura di kedudukan keempat dan Brunei Darussalam di tempat ke-23.
Jerman menduduki tempat teratas yang mana rakyatnya menikmati akses ke 177 negara tanpa visa manakala Afghanistan di kedudukan paling bawah iaitu ke-104 dengan kemudahan tanpa visa ke 24 negara.
Indeks yang diperkenalkan sejak 2006, adalah hasil kerjasama dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) yang mengendalikan pangkalan data maklumat perjalanan terbesar di dunia.
Maklumat indeks Henley & Partners itu dikumpul menerusi pangkalan data pemilikan pasport dan visa IATA.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW