loading...

Kuala Lumpur, Johor Bahru Antara Bandar Terbaik Di Asia Tenggara

Kuala Lumpur dan Johor Bahru menduduki tangga ke-2 dan ke-3 bandar terbaik untuk kehidupan yang berkualiti di Asia Tenggara.

Kuala Lumpur telah menduduki tangga kedua di Asia Tenggara dalam ‘19th Annual Quality of Living Rankings for 2017’ oleh Mercer dan di tempat ke-86 daripada 231 bandar-bandar – di belakang Taipei yang berada dikedudukan ke-85.

Johor Bahru berada dikedudukan ke-103 dan merupakan bandar ke-3 terbaik di Asia Tenggara.

Singapura berada dikedudukan ke-25 di peringkat global. Bandar-bandar utama lain di kajian Quality of Living termasuklah Bangkok, yang berada dikedudukan ke-4 di rantau ini dan berada dikedudukan ke-131 di peringkat global, Manila (berada dikedudukan ke-5 di Asia Tenggara dan berada dikedudukan ke-135 di peringkat global, dan Jakarta berada dikedudukan ke-6, dengan kedudukan ke-143 di peringkat global.

Bandar-bandar utama Asia yang lain termasuklah Hong Kong (kedudukan ke-71 di peringkat global), Seoul (76), Taipei (85), Shanghai (102) dan Beijing (119).

Lima bandar-bandar Jepun, sementara itu, mendahului kedudukan bagi Asia Timur. Ini termasuklah Tokyo (kedudukan ke-47 di peringkat global), Kobe (50), Yokohama (51), Osaka (60), dan Nagoya (63).

Kajian tahunan oleh firma perunding Mercer, yang digunakan oleh syarikat-syarikat multinasional untuk mencipta pakej ekspatriat, melihat kepada 10 kategori termasuk keadaan politik dan sosial, keadaan ekonomi, keadaan semula jadi, perumahan, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan.

3 bandar-bandar terbaik di peringkat global bagi tahun 2017 adalah:
1. Vienna, Austria
2. Zurich, Switzerland
3 Auckland, New Zealand

Manakala 3 yang tercorot dalam senarai adalah

229. Sana’a, Republik Yaman
230, Bangui, Republik Afrika Tengah
231. Baghdad, Iraq.

Pulau Pinang tidak berada di dalam senarai. Mungkin ekspatriat di seluruh dunia fikir ia tidak sebaik Baghdad dan Yaman kerana kehadiran ‘Tokong’ dan fengshui yang buruk.

http://ift.tt/2nqOU8i

http://ift.tt/2nqNt9W

Link asal artikel:
http://ift.tt/2dMkHMa



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...