Majlis perkahwinan diantara Nora Danish dan Nedim Nazri yang bakal diadakan pada Khamis ini pasti dinantikan oleh semua orang. Bagi empunya badan pula, Nora mengharapkan ikatan perkahwinan kali kedua ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
BACA: Nora Danish, Nedim Akhirnya Nikah 30 Mac Ini
“Seperti saya katakan sebelum ini, ia akan berlangsung dengan penuh sederhana dan ringkas. Doakan yang baik untuk saya, ya. Insya-Allah kami merancang berkahwin pada tahun ini. Cuma, saya tidak mahu memaklumkan tarikhnya kerana bimbang tak jadi nanti. Siapa yang tidak mahu berkahwin. Saya sendiri sudah bertahun mengatakan ingin berkahwin”
“Kalau semuanya dipermudahkan, saya hanya mahu majlis akad nikah yang diadakan di rumah secara kecil-kecilan dan seringkas mungkin. Kalau boleh, kali ini saya tidak mahu bertunang pun, wang hantaran juga takkan ada. Cukup buat yang wajib, iaitu nikah saja,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung persiapan perkahwinannya.
Setelah selama ini berteka-teki mengenai tarikh mereka akan dinikahkan, Nora turut berkongsi majlis pernikahannya itu akan dilangsungkan dengan tema traditional dan dibuat secara tertutup. Apapun semoga segala persiapan perkahwinan Nora berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW