loading...

Dulu Kata Curi Duit 1MDB, Kini Curi Duit ECRL Pula

Tun Dr. Mahathir Mohamad masih meneruskan serangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dengan harapan serangan berkenaan dapat mematahkan lawannya, namun malangnya ia tidak memberikan kesan.

Jika sebelum ini beliau menggunakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan politik RM2.6 bilion, kini Tun Mahathir telah beralih kepada perkara lain selepas mendapati isu tersebut gagal menarik perhatian lawan, apatah lagi ia berjaya diperjelaskan dengan baik dan diterima rakyat.

Kenapa isu berkenaan gagal menggulingkan Najib? Kerana Tun Mahathir gagal mengemukakan bukti dan tanpa bukti, maka ia kekal sebagai tuduhan dan persepsi semata-mata.

Terbaru, dalam Ceramah Pakatan Harapan di Kota Bharu, Kelantan, semalam, beliau telah menuduh Najib mahu mencuri lebih banyak wang selepas 1MDB, melalui Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

“Dia (Najib) nak curi duit lagi banyak. Dia tahu negara China kaya dengan itu dia membuat cadangan kononnya hendak bina landasan kereta api di pantai timur.

“Belanja yang diperlukan RM55 bilion walaupun kiraan pakar-pakar meletakkan nilai RM30 bilion,” dakwa bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

Alangkah sedihnya apabila projek yang boleh memberikan manfaat kepada negara serta menguntungkan penduduk dipantai timur, telah dijadikan sebagai bahan politik.

Sedangkan ia merupakan satu petanda kemajuan ekonomi negara. Bayangkanlah kita berjaya mendapatkan pelaburan yang besar dari China dan Arab Saudi baru-baru ini.

Ia merupakan sesuatu yang menarik kerana ia menunjukkan negara luar yakin kepada Najib meskipun beliau ditohmah dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.

Justeru pembinaan ECRL ini tidak seharusnya menjadi bahan modal politik.

Cadangan pembinaan ECRL sepanjang 600 kilometer yang bernilai RM55 bilion diumumkan sewaktu pembentangan Bajet 2017, yang akan menghubungkan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang sehingga ke Terengganu serta Tumpat, Kelantan.

Projek itu dijadual bermula Julai tahun ini dan dijangka siap pada Jun 2024.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...