Seringkali berkongsikan detik detik romantis bersama suami tercinta di Instagram, pelakon Anzalna Nasir menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk kepada peminatnya di laman sosial tersebut.
BACA: Anzalna Nasir Tidak Tertekan Soal Anak
“Saya muat naik foto bersama suami bukan kerana mahu membuatkan orang cemburu, jauh sekali ingin menunjuk-nunjuk. Saya melihat ia sesuatu yang positif kerana foto itu menjadi inspirasi pengikut”
“Sebagai contoh, apabila saya berkongsi gambar bunga yang dihadiahkan suami, peminat akan beritahu mereka juga mendapat bunga pada keesokan hari. Saya pula yang gembira dengan komen seperti itu,” jelasnya kepada BH Online.
Hendak buat macam mana, mana mampu untuk kita untuk menutup mulut orang di luar sana untuk berkata-kata. Apa pun, semoga ikatan kebahagiaan Anzalna dan suami akan terjalin hingga ke Jannah. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Pempengaruh, Pengasas Kosmetik Terbabit Aktiviti D ...

Amira Othman & Fattah Amin, Curi Tumpuan Ramai ...

Atikah Suhaime Akui Sunyi Di Fasa Motherhood ...

Mcmc Sita Telefon Bimbit & Kad Sim Pemilik Aka ...