loading...

“Tak Kasihan Ke Kesusahan Rakyat?”

Harga minyak yang semakin naik bukan sahaja membebankan rakyat biasa, malah mereka yang bergelar selebriti juga turut terkesan dengan kejadian itu. Semalam Fathia Latiff menerusi Instagram telah memuat naik gambar resit minyak kereta dan meluahkan kekesalannya dengan pihak berwajib mengenai kesengsaraan rakyat mengenai perkara itu.

BACA: Fathia Latiff Akui Kini Bercinta Dengan Pelakon?

“Okay dulu, isi tank minyak kereta rm100 dah penuh. Now, isi minyak rm100 dapat lebih skit dari half tank. Kalau i takpa lagi, ni kalau orang lain yang kurang berkemampuan, macam mana mereka struggle eh? pls do something kepada sesiapa yang terasa. Please do something for the citizen. Takda rasa belas kasihan ke. Tolong jangan cakap nak bantu tapi kelaut.

Nampaknya luahan Fathia itu turut disokong peminat yang rata-rata bersetuju dengan kata-kata pelakon itu. Tidak kurang dengan itu, ada juga yang bangga dengan tindakan Fathia yang berani menyatakan perkara yang dilihat berunsur politik secara terang-terangan di laman sosial.

Kenaikan harga minyak bukanlah sesuatu yang baru, namun biasanya luahan dan suara rakyat biasa tidak diberi perhatian. Mungkin luahan selebriti seperti Fathia akan didengari, sama seperti kes Nora Danish yang dulu lantang menyuarakan isu tax yang dikenakan terhadap selebriti. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...