loading...

Keputusan SPM 2016 Pelajar Luar Bandar Catat Peningkatan

PUTRAJAYA – Jurang yang semakin mengecil antara calon di bandar dengan calon di luar bandar merupakan antara pencapaian dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) bagi calon luar bandar menunjukkan peningkatan 0.08 iaitu 5.36 pada tahun 2016 berbanding 5.44 pada tahun 2015.

Katanya, pencapaian calon di bandar pula meningkat sebanyak 0.05 iaitu 4.89 pada tahun 2016 berbanding 4.94 pada tahun 2015.

“Hal ini menunjukkan peningkatan pencapaian calon di luar bandar lebih tinggi berbanding calon di bandar,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2016 di sini hari ini.

Beliau memberitahu, secara keseluruhannya, indeks GPN tahun 2016 pada 5.10 adalah jauh lebih baik berbanding 5.15 pada tahun 2015.

“GPN semua mata pelajaran meningkat secara signifikan bermakna prestasi keseluruhan murid telah meningkat walaupun yang mendapat gred tertinggi (semua A) berkurangan,” katanya.

Beliau memberitahu, keputusan SPM 2016 menunjukkan jumlah calon semua subjek A+ adalah 102 calon berbanding 163 calon pada tahun 2015 manakalan calon yang mendapat semua subjek A+, A, A- bagi tahun 2016 adalah 8,647 calon berbanding 9,721 calon pada tahun sebelumnya. – UTUSAN



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...