loading...

“Kami Tak Kisah Kembali Berlakon Sama”

Bakal bergandingan dengan teman baiknya, Neelofa tidak lama lagi, Fattah Amin menyambut baik kerjasama tersebut walaupun sebelum ini banyak perkara berbangkit melibatkan mereka berdua. Dalam masa yang sama, Fattah lebih selesa meletakkan sejarah lama di antara mereka di belakang dan bersikap profesional di depan kamera.

BACA: Neelofa Kembali Berlakon Dengan Fattah Amin

“Industri kita ini kecil sahaja, pusing-pusing pun tetap muka yang sama yang kita jumpa. Antara saya dan pihaknya pula memang tiada masalah. Malah, kami juga masih berkawan. Cuma, apa yang saya boleh kongsikan, antara saya dengan dirinya, kami mengamalkan sikap profesional dalam mengendalikan setiap tugas yang diberikan”

“Jadi, saya melihat kerjasama antara kami sebagai sesuatu yang positif. Saya pun tidak pernah terfikir kerjasama kami dalam dunia seni akan berakhir. Beberapa hal berbangkit sebelum ini terjadi atas faktor yang tidak dapat dielakkan. Keputusan itu juga mungkin yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak,” katanya kepada Berita Harian Online.

Sebelum ini, Neelofa khabarnya mengundur diri dari bergandingan dengan Fattah dalam satu drama. Biarpun tidak mendedahkan alasan sebenar, ramai percaya ianya ada kaitan dengan gosip cinta mereka. Mereka berdua bakal membintangi Suri Hati Mr Pilot, edisi khas raya yang dijangka memulakan penggambaran pada 9 hingga 16 April depan. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...