KUCHING – Sebelas pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Sarawak ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan dengan rasuah.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Zulhairil Sulaiman selepas mendengar permohonan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kuching.
Beberapa media sebelum ini melaporkan lima lelaki dan enam wanita berumur antara 33 dan 55 tahun itu ditahan di empat lokasi berasingan iaitu Ibu pejabat Jabatan Imigresen Sarawak; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching; Pejabat Imigresen Pending dan Depoh Tahanan Imigresen Serian dalam Op Batas 2, semalam.
Mereka disyaki menerima suapan bagi melindungi kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit pekerjaan sah di negeri ini. – BERNAMA
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW