Kalau dilihat ramai yang menyukai pasangan ini bersama, sama manis sama padan bak kata orang. Tetapi bagi empunya badan sendiri, Emma Maembong, beliau tidak melihat hubungan cintanya dengan Kamal Adli akan berakhir di jinjang pelamin. Malah jelasnya lagi, Kamal juga tidak pernah sesekali menyuarakan hasratnya untuk ke arah itu.
BACA: “Emma Maembong Ajar Saya Hargai Wanita, Bersyukur”
“Sebenarnya susah untuk saya berkongsi tentang perkahwinan kerana saya tidak nampak hubungan kami ke arah itu. Sepatutnya kalau kami benar-benar ingin kahwin Kamal yang kena fikir, tapi dia sendiri tidak pernah pun bercakap fasal kahwin, dia mahu saya fokus kerjaya dahulu”
“Sejak saya masuk dalam industri setiap tahun cerita saya hendak kahwin tapi sampai sekarang tidak kahwin-kahwin juga. Tapi jodoh bukan di tangan kita entah-entah saya berkawan sahaja dengan Kamal tapi kahwin dengan orang lain pula nanti,” jelasnya kepada m Star Online.
Selain itu, Emma berkata, mungkin keterbukaanya menceritakan mengenai kisah cintanya kepada umum menyebabkan ramai menaruh harapan tinggi untuk mereka berkahwin. Tidak menafikan atau mengiyakan, Kamal adalah lelaki paling rapat dengannya sekarang namun menyerahkan jodoh mereka kepada ketentuan Ilahi untuk menentukannya.
Sebelum ini, Kamal ada menyatakan bahawa Emma banyak mengajarnya untuk lebih menghargai wanita dan kesilapannya sebelum ini mengabaikan perasaan pasangannya itu memberi pengajaran kepadanya. Nampaknya Emma sudah memberi lampu hijau kepada Kamal. Apa lagi Kamal tunggu, cepat masuk meminang sebelum Emma dikebas orang. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW