loading...

“Saya Terkejut Ramai Marah Kerana Pegang Tangan Dia”

Panas juga sekejap bila Uqasha Senrose baru baru ini berpegangan tangan dengan Shah Iskandar. Ramai pengguna laman sosial menyatakan perkara itu tidak wajar kerana Shah sudah pun berkahwin dan gelagat mereka umpama kekasih itu buat ramai yang tidak senang duduk.

BACA: “Uqasha Senrose Macam Adik Saya Sendiri”

“Saya terkejut juga bila ramai yang melenting marah dengan saya kerana isu pegang tangan itu. Saya akui memang ada pegang tangan dia, tetapi bukannya dalam keadaan terlalu mesra atau seperti pasangan kekasih. Ia berlaku cuma sekejap sahaja pun”

“Sejujurnya saya dengan Shah sudah lama berkawan baik dan hubungan kami sudah umpama adik-beradik. Kebetulan pula kami selalu digandingkan bersama ketika berlakon dan kemesraan itu sekadar kawan sahaja. Jadi saya rasa kelakar juga bila ada yang cuba menjadikan ia isu. Mungkin mereka tak tahu saya ini macam mana dengan Shah,” katanya kepada Utusan Malaysia

Namun jawapan yang diberikan mereka tidak mampu meredakan kemarahan segelintir warga laman sosial. Malah ada yang menghentam Uqasha tidak henti henti namun Uqasha sehingga kini masih kental berdiri melawan kontroversi yang mendatang. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...