loading...

Che Ta Nafi Jual Anak Untuk Popular

Tidak dinafikan ramai anak selebriti kini turut meraih populariti di Instagram termasuklah anak perempuan Rozita Che Wan, Aisyah Dhia Rana. Malah dengan munculnya rancangan realiti memaparkan mereka sekeluarga menyebabkan sesetengah pihak berpendapat, Che Ta menggunakan pengaruh anaknya itu untuk mengaut keuntungan.

BACA: Selesai Bayar Cukai, Che Ta Sambut Birthday Di London

“Kalau bayaran sesuatu program itu berbaloi, kenapa saya perlu tolak. Lagipun, duit itu dia – Aaisyah yang punya. Saya tidak pernah ambil satu sen pun. Tapi saya rasa tidak salah kalau dia buat duit sendiri sekarang. Semua demi masa depan dia sendiri. Orang hanya tahu mengutuk sahaja,” jelasnya kepada Utusan Online mengenai perkara itu.

Sebelum ini juga menerusi satu kenyataan lain, Che Ta mengakui sebab utama beliau menerima program realiti, The House adalah kerana bayaran yang diberikan memuaskan hati. Dakwaan itu sekaligus menyatakan Che Ta tidak kisah jika ada pihak mengatakan beliau sanggup menjaja cerita keluarganya demi wang ringgit yang diperolehinya.

Mungkin ada betulnya apa yang dikatakan Che Ta. Tiada siapa yang ingin melakukan kerja secara percuma apabila segala tenaga dan komitmen sudah diberikan sepenuhnya. Malah nama Che Ta juga bukanlah nama asing di dalam industri hiburan, jadi tidak salah beliau meletakkan sesuatu harga dan bekerja keras demi kesenangan keluarganya. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...