loading...

PM Lancar Kit Untuk Promosi Pendekatan Wasatiyyah

KUALA LUMPUR  – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Kit Wasatiyyah bagi merakyatkan pembangunan wasatiyyah dalam kehidupan masyarakat.

Pelancaran kit itu dilakukan pada majlis ringkas di bangunan Parlimen bersempena mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Wasatiyyah Negara peringkat kebangsaan yang diadakan sebelum itu.

Kit itu mengandungi lima buah buku termasuk buku Dasar Wasatiyyah Negara yang akan menjadi rujukan utama dalam melaksana Dasar Wasatiyyah Negara kepada masyarakat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Institut Wasatiyyah Malaysia, buku Dasar Wasatiyyah Negara itu juga memberi fokus kepada enam bidang strategik iaitu pendidikan dan belia; ekonomi dan pembangunan; politik dan kenegaraan; keselamatan dan pertahanan; undang-undang dan pentadbiran; serta sosial dan perpaduan.

Selain buku itu, kit berkenaan turut mengandungi buku yang menghimpunkan ucapan perdana menteri berkaitan wasatiyyah selain buku-buku berkaitan pendekatan wasatiyyah.-Bernama



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...