Bila kali pertama anda tersangkut hati dengan Rotikaya? Saya tahu, ramai yang sudah mengikuti kami sejak sekian lama malah kalau tengok balik gambar gambar lama, boleh mengimbau kembali kenangan lama. Hari ini adalah hari bertuah anda kerana saya, Hamzie Hambali akan bercerita serba sedikit tentang sejarah penubuhan Rotikaya – yang mungkin anda tak pernah tahu sebelum ini.
Bermula pada tahun 2010, saya ambil keputusan berhenti kerja dan mengambil risiko untuk menjalankan perniagaan dan menubuhkan syarikat yang diberi nama Rotikaya bersama rakan niaga saya, Mohd Ismail. Masa awal awal dulu, memang main redah saja semua. Kalau ada sidang media, kami turun padang. Malah dari situ juga mula kenal erti dunia hiburan tanah air.
Lama kelamaan sayap perlu dilebarkan dan kami mula mencari rakan untuk bekerjasama. Terima kasih kepada era.fm kerana sudi bekerjasama pada awal awal dulu. Kemudian tak lama selepas itu, kami pun mula berjinak jinak dengan produksi video klip – Tapi Bagaimana (layan betul lagi ini) dan ada lagi yang tak sempat nak senaraikan di sini.
Macam macam dugaan jugalah sepanjang memastikan jenama Rotikaya ini sentiasa meniti di bibir anda dan dalam masa yang sama juga kami turut mencari strategi baru selain servis pengiklanan di Rotikaya. Sebabnya, bukan senang tahu nak bagi jenama anda kekal relevan.
Nampak senang tapi untuk mendapat kepercayaan jenama besar bukanlah satu perkara mudah. Penuh liku yang mencabar, hari demi hari kami mula mendapat perhatian jenama besar seperti Watson, Levis, Himalaya, GSC Movies, Air Asia, Maxis, Jakel dan banyak lagi jenama lain yang mungkin anda pernah tengok sendiri di Rotikaya.
Tahun demi tahun mendatang, setelah anda asyik tengok gosip dan gelagat anak anak artis saja di Rotikaya, kami lahirkan Vitdaily, khas buat anda yang kaki makan dan juga travel.
Tidak mahu terus berhenti di situ, kami juga hadir dengan jenama Hanasuva yang baru dibina dan akan diperkenalkan di kalangan pengguna.
Produk yang ada di Hanasuva tak lain tak bukan adalah untuk memberikan manfaat dan membantu anda.
Jujurnya kami sangat berterima kasih dengan anda kerana sentiasa sokong kami, tak kisahlah yang selalu komen positif atau negatif lebih lebih lagi bila kami sudah berada di tahap sekarang. Eh, panjang dan banyak lagilah kami nak kongsikan dengan anda.
Tak cukup tulis panjang panjang di sini. Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut dan mendalam, jangan lupa tunggu saya live di Facebook Rotikaya pada hari Selasa ini (21 Mac 2017). Jangan terlepas peluang ya, bukan selalu ada peluang sebegini!
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW