loading...

Latif Bandi Bebas Tahanan Reman

JOHOR BAHRU – Exco Kerajaan Johor yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes skandal dan penyelewengan hartanah di negeri ini dibebaskan mahkamah, sebentar tadi.

Penolong pendaftar, Saba’aton Daud membenarkan, Datuk Abd Latif Bandi dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM200,000 selepas selesai menjalani tempoh tahanan reman selama seminggu bermula 10 Mac lalu.

Beliau yang merupakan Adun Endau itu tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira jam 9.10 pagi dengan lengkap berpakaian lokap SPRM bewarna oren sebelum dibebaskan pada 15 minit selepas itu.

Terdahulu, mahkamah sebelum ini menetapkan tahanan reman selema tujuh bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan selepas beliau ditahan di Pejabat SPRM pada 9 Mac lalu.

Abd Latiff kemudiannya di bawa keluar dari pekarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru sambil diiringi pegawai SPRM bersama kakak dan penyokongnya.

Berhubung siasatan itu, SPRM turut bertindak merampas wang tunai berjumlah RM41,000, 150 beg tangan pelbagai jenama dan sebuah kereta jenis Toyota Velfire hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan di kediaman exco terbabit



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...