Walaupun sudah berpisah lebih setahun lalu, Aiman Hakim Redza mengakui masih menyayangi bekas kekasihnya, Fathia Latiff selepas menjalinkan hubungan cinta dengan wanita itu selama empat tahun. Biarpun kini sayangnya terhadap Fathia hanya sekadar kawan namun sehingga kini Aiman masih tidak dapat melupakan wanita itu sepenuhnya.
BACA: Fathia Latiff Nafi Kembali Bercinta Dengan Aiman Hakim
“Kami masih berkawan. Adalah sekali kami bertemu selepas putus cinta. Bagaimanapun, kami selalu juga berborak dan bertanya khabar menerusi telefon. Saya masih menyanyanginya sebagai kawan. Saya tetap mengambil berat mengenainya. Bagi saya, Fathia ialah wnaita yang cukup sempurna. Saya belajar benyak perkara mengenai kematangan hidup dengannya”
“Saya boleh anggap pengalaman percintaan bersamanya sesuatu yang sangat manis, Fathia banyak membuka minda dan berkongsi pengalaman hidup dengan saya. Sampai hari ini pun, saya belum berupaya melepas dan memulihkan perasaan saya sepenuhnya. Saya memang tidak buat kenyataan selepas putus dengannya kerana saya menghormatinya”
“Saya rasa tidak perlulah orang luar mengetahui apa yang berlaku, cukuplah sekadar kami berdua sahaja. Saya juga perlu menjaga hati keluarga saya dan Fathia. Jadi biarlah kisah cinta kami disimpan di lubuk hati paling dalam,” jelasnya kepada Berita Harian Plus mengenai perasaannya terhadap Fathia walaupun sudah berpisah lebih setahun lalu.
Biarpun kecewa dengan perpisahan yang terjadi namun Aiman menerima ketentuan takdirnya. Sebelum ini hubungan pasangan ini tiba-tiba sahaja bergolak dan akhirnya berpisah. Namun sehingga kini, masing-masing tidak mendedahkan punca sebenar perpisahan itu walaupun pernah seketika nama Ayda Jebat terpalit menjadi orang ketiga diantara mereka. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW