loading...

“Bakal Isteri Berstatus Janda Bukan Masalah”

Pernah mengelluarkan kenyataan bahawa dirinya tidak kisah jika sudah ditakdirkan berjodoh dengan wanita berstatus ibu tunggal atau pun janda, pasangan Hafiz Hamidun dan juga Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin ini akan mendirikan rumah tangga pada 1 Mei ini.

BACA: Hafiz Hamidun Bakal Nikah Ibu Tunggal

“Status bakal isteri saya bukannya masalah. Sebelum ini pun saya pernah membuat kenyataan tidak kisah kalau ditakdirkan berkahwin dengan janda. Rasulullah sendiri berkahwin dengan janda bernama Siti Khadijah”

“Hubungan kami memang berlaku tanpa dirancang. Selepas empat atau lima minggu bertemu, jodoh kami nampaknya melekat. “Saya sendiri memang tidak mahu berkawan lama-lama dalam sesebuah perhubungan,” katanya kepada BH Online.

Selain itu, penyanyi nasyid ini juga turut bersyukur kerana perhubungannya bersama bakal isteri kali ini dipermudahkan selain turut menyatakan dia baru sahaja melamar wanita idaman hatinya itu pada minggu lalu. Semoga ikatan yang bakal dibina berkekalan hingga ke Jannah. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...