Bakal menyambut kelahiran anak sulung tidak lama lagi, pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah mengadakan sebuah majlis doa selamat dan baby shower. Pasangan itu telah diraikan dengan meriah apabila dikejutkan dengan majlis baby shower oleh pihak lain.
BACA: Shaheizy Sam Teruja Bergelar Bapa, Tujuh Kali Buat Imbasan
Sejak mengetahui isteri telah hamil, saya berasa sangat gembira. Sehinggakan sehingga kini sudah tujuh kali kami membuat imbasan kehamilan di klinik. Kami mahu melihat pergerakan bayi itu. Setiap kali kami melihatnya, rasa sangat terharu dan bersyukur”
“Mungkin disebabkan ini pengalaman pertama kami jadi rasa teruja itu lain macam. Memandangkan masih awal, kami belum berbincang mengenai persiapan. Insya-Allah kalau sudah dekat nanti boleh fikirkan. Saya sentiasa berdoa isteri dan bayi dalam kandungan sihat serta dipermudahkan segalanya,” katanya kepada Harian Metro sebelum ini.
Apapun semoga segala persiapan bagi meniti hari kelahiran nanti berjalan dengan lancar buat pasangan ini. Pasti ramai yang tidak sabar menantikan bayi comel pasangan ini yang khabarnya bakal menimang cahaya mata lelaki. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW