SHAH ALAM – Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) masih menunggu jawapan akhir mengenai mekanisme yang akan digunakan oleh pengusaha dalam penetapan harga siling minyak petrol.
Presidennya, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, sehingga kini, pihaknya belum mendapat jawapan muktamad berhubung perkara tersebut.
“Kami diberitahu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memberikan jawapan pada minggu lepas, tetapi kami masih lagi menanti.
“Mungkin minggu ini semuanya akan dimuktamadkan. Cuma, saya berharap apa juga keputusan akhir nanti akan memberikan manfaat kepada semua pihak,” katanya kepada Sinar Online.
Enggan mengulas lanjut berkaitan isu ini, Khairul Annuar berkata, menantikan keputusan akhir ini memberikan debar buatnya.
“Berdebar-debar juga nak tahu apa jawapan kementerian.
“Saya pun tak boleh nak cakap lebih-lebih, kena dapatkan keputusan dulu,” katanya.
Ditanya apakah mekanisme yang diberikan KPDNKK ini tidak memberi manfaat kepada pengusaha minyak, Khairul Annuar enggan menjawab.
“Tunggu saja nanti ye,” katanya.
Terdahulu, KPDNKK menerusi menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan berkata, harga siling petrol akan diumumkan setiap minggu mulai April depan berbanding ketika ini ia hanya dilakukan sebulan sekali.
Beliau juga menasihatkan operator stesen minyak agar bekerjasama dengan Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia bagi membentuk konsep yang boleh mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Pesara Swasta Rugi Rm429,500 Terpedaya Tawaran Pel ...

Sultan Pahang Sedih Istana Nenda Di Batu 16 Jalan ...

Polis Beri Amaran Jual Bunga Api Denda Rm121,000 ...

Senarai Akhir Calon Yang Layak Bertanding Dalam Pe ...