Penyanyi Alyah memberitahu bahawa dia dan suaminya, Tok Ram (Datuk Ramli MS) tidak pernah merancang untuk mendapatkan zuriat tetapi belum dikurniakan rezeki lagi.
BACA: Alyah Terancam Kerana Peminat Taksub Elly Mazlein
“Tak rasa saya dan Tok Ram merancang sebab umur saya dah 36 Tok Ram pula dah masuk 58. Saya rasa belum ada rezeki lagi,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Fashion, Health, Beauty & Lifestyle Exporia.
Tambahnya lagi, Alya berkata dia tidak mahu lagi mempertikaikan perkara tersebut dan menerima apa sahaja kurniaan yang akan diberikan kelak.
“Kami buat check-up semua okay. Bila tengok Youtube Ustaz Kazim macam dia cakap, kalau saya pertikaikan macam saya bertanyakan pada yang atas (Allah). Itu sebenarnya tidak baik. Saya nak menjadi kalau sekiranya dikurniakan saya terima, tak bagi pun saya terima,” katanya yang sudah matang untuk melakukan sesuatu keputusan ke hadapan setelah menempuh pelbagai proses yang sukar sepanjang bergelar anak seni. (rtky/h)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW