loading...

Interpol Keluarkan Notis Merah Tahan Empat Warga Korea Utara

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memperolehi notis merah (Red Notice) daripada Interpol untuk menahan empat rakyat Korea Utara yang dikehendaki berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, empat suspek terbabit dipercayai berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) semasa insiden pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara itu.

“Keempat-empat suspek itu kini dipercayai berada di Pyongyang. PDRM berharap Interpol dapat menangkap mereka.

“Siasatan terhadap kes pembunuhan Jong-nam masih diteruskan dan ia belum lagi selesai,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Rohingya di sini hari ini.

Majlis penutup persidangan itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Empat suspek yang dikehendaki itu ialah Rhi Ji-hyon, 33, Hong Song-hac, 34, O Jong-gil, 55, and Ri Jae-nam, 57.

Berhubung mayat Jong-nam yang kini masih ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur, Khalid berkata pihaknya telah menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Luar untuk mengendalikannya. – UTUSAN



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...