loading...

“Amboi Hajah, Seluar Makin Ketat, Tudung Makin Singkat”

Apabila anda sudah menunaikan ibadah haji, anda akan dapat gelaran Haji atau Hajah dan dalam masa yang sama setiap orang di sekeliling anda akan anggap anda adalah lebih baik daripada sebelumnya. Tidak dapat lari daripada tanggapan tersebut, Neelofa baru baru ini ditegur segelintir peminat kerana pakaiannya.

BACA: Neelofa Kembali Berlakon Dengan Fattah Amin

Ada yang menegur secara baik malah ada juga yang menyindir. Bagi mereka tudung dan seluar jeans yang dipakai selebriti tersebut tidak sesuai dengan gelaran Hajah yang dimilikinya. Tapi masa Neelofa pakai elok-elok, kenapa macam tidak ramai yang puji?

Apa pun, kami pasti Neelofa mempunyai jawapan tersendiri terhadap pemilihan pemakaiannya itu. Bukan mudah untuk menjadi selebriti kerana perlu hidup berlandaskan expectation peminat. Semoga orang yang menegur juga terjaga akhlahknya dan bukan hebat berkata di sosial media semata.

Namun teguran juga menjadi penanda aras bahawa masih ada peminat sayangkan selebriti tersebut dan kehadiran sosial media mampu menaikkan selebriti dan juga mampu mengubah persepsi segelintir masyarakat dengan sekelip mata. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...