loading...

Teresa Perlu Mohon Maaf Pada Keluarga Pengantin

Pada Sabtu lepas, sebuah majlis perkahwinan yang sedang berlangsung di Dewan Komuniti Seputeh tergendala seketika gara-gara tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mengadakan protes membantah projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) di kawasan berkenaan.

Ia menyebabkan satu laporan polis telah dibuat kerana tindakan Teresa menunjukkan beliau tidak sensitif dan mengabaikan perasaan pengantin dan keluarga mereka.

Menurut rakan kepada keluarga pengantin, Shahril Kamalludin, keluarga pegantin menggesa supaya Teresa dan pihak yang mengadakan protes berkenaan memohon maaf susulan kejadian berkenaan.

“Mereka juga memfitnah kononnya kami dibayar oleh UMNO untuk menganggu protes itu padahal kami adalah rakan dan saudara mara kepada pengantin.

“Tempat protes itu terletak bersebelahan dewan dan tak jauh pun dari majlis kenduri itu,” kata Shahril ketika ditemui oleh Suara.tv, hari ini.

Menurutnya, sebagai seorang Ahli Parlimen, Teresa sepatutnya menghormati majis orang lain.

Teresa dan kumpulannya sebelum ini dibidas ramai sebagai biadap kerana mengganggu kelancaran majlis perkahwinan itu dan kejadian berkenaan dilaporkan menerusi laman blog Kl Chronicle dan serta dikongsi pengguna-pengguna Facebook.

Melalui rakaman video yang tersebar di Facebook itu, berlaku pertelingkahan antara peserta perhimpunan anjuran Teresa de­ngan individu yang meminta majlis perkahwinan itu tidak diganggu.

“Kamu nampak majlis perkahwinan di sana tetapi kamu masih lagi buat protes di sini untuk cari publisiti. Tolong hormati majlis perkahwinan yang sedang berlangsung di sini. Buat hari lain protes ini, kamu semua boleh bersurai,” kata individu tersebut.

Susulan kejadian itu, ramai pihak mendesak supaya Teresa memohon maaf kepada pihak yang terlibat.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...