SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga Indonesia yang melecur dalam kebakaran melibatkan empat buah rumah di Kampung Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya, dekat sini, semalam, dilaporkan masih dalam keadaan koma.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Saifi Abdul Hamid berkata, mangsa, yang yang dikenali sebagai Samsul 45, yang sebelum ini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dipindah ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar petang semalam.
“Mangsa masih dalam keadaan tidak sedarkan diri (koma) dan masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, lima mangsa warga Indonesia, termasuklah isteri Samsul, Tobiyah, 40-an, dilaporkan rentung manakala Samsul melecur 70 peratus.
Empat mangsa lain termasuklah pasangan suami isteri, dikenali sebagai Mat Holil Tubat, 40-an dan isterinya, Ume, 40-an; Habi, 40-an (pekerja kilang) (lelaki); dan Misba Hul Anwar, 17.. – BERNAMA
Loading...