loading...

Unik! Rumah Mudah Alih, Pasang Siap 6 Jam

MENAKJUBKAN! Sebuah rumah mudah alih yang boleh dirobohkan dan dipindahkan ke lokasi baru untuk dibina semula diperkenalkan di London, United Kingdom.

Rumah berharga £25,000 (RM136,564) ini boleh dibina semula hanya dalam tempoh enam hingga tujuh jam termasuk pemasangan bumbung, dinding pada bahagian dalam serta lantai.

Bukan itu sahaja, malah ia boleh dibina di mana-mana lokasi tanpa memerlukan tapak konkrit seperti rumah-rumah biasa.

Bagi proses pemasangan pula, rumah yang mempunyai reka bentuk anggun ini hanya memerlukan lebih kurang dalam tiga orang tenaga kerja sahaja untuk proses pembinaan semula.

Memetik sumber, MYNEWSHUB difahamkan rumah mudah alih yang datang dalam pelbagai saiz bermula dari 26.9 hingga 83 meter persegi ini mempunyai dua peringkat tangga.

Semua model asas bagi rumah ini dikatakan mempunyai sebuah bilik mandi, bahagian dapur yang luas serta manual pemasangan teknikal yang akan dihantar kepada pelanggan dalam tempoh 60 hari selepas lakaran terakhir.

Komponen rumah inovatif itu yang juga merupakan produk syarikat M.A. Di Home yang dikeluarkan oleh sebuah kilang yang terletak di Itali.

Rumah itu juga boleh diangkut ke mana-mana sahaja dengan hanya menggunakan trak.Wah, sangat menarik bukan?

Dah tak perlu susah-susah serabut nak fikir beli rumah lagi. Angkut sahaja rumah lama. Dah la luas, cantik pula tu!– http://ift.tt/2yMBY5P

Loading...

Previous
Next Post »
loading...