loading...

“Sekarang Mereka Sudah Pandai Besar Kepala!”

Kalau dulu di Amerika binatang seperti serigala, harimau dan beruang sangat ditakuti. Kumpulan haiwan pemangsa ini boleh saja bertindak agresif dan membahayakan nyawa manusia.

Kini haiwan yang dikategorikan sebagai lauk yang lazat mula menunjukkan taring dan besar kepala. Ayam turki yang merupakan hidangan istimewa orang Amerika terutama semasa menyambut thanksgiving mula mengganas di Massachusetts.

Ayam turki liar di negeri ini berjaya berasimilasi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat tinggal manusia.

Undang-undang Massachusetts yang melarang pembunuhan spesies ayam besar ini menyumbang kejayaannya hidup saling berdampingan dengan populasi manusia.

Walaubagaimanapun, akibat peraturan yang dikuatkuasakan, ayam turki mula tunjuk ‘besar kepala.’ Menurut polis, ayam turki agresif menjadi satu masalah di bandar mereka.

Banyak kes serangan ayam turki liar telah dilaporkan kepada pihak berkuasa. Disebabkan masalah ini, polis terpaksa mengeluarkan amaran kepada orang awam supaya berhati-hati terhadap kumpulan ayam turki liar yang sedang megganas.

Bob Smith salah seorang mangsa serangan, menceritakan. Ketika sedang berjalan kaki berdekatan rumahnya, dia perasan beberapa ekor ayam turki liar mengekorinya.

Tanpa sebarang amaran tiba-tiba saja kumpulan itu berbunyi bersahut-sahutan kemudian menyerangnya. Nasibnya baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes terbaru dilaporkan sebuah kereta peronda polis yang sedang melakukan tugas rutin telah dikejar oleh kumpulan ini. Bayangkan betapa samsengnya mereka, anggota polis yang lengkap bersenjata pun langsung tidak ditakuti.

Mentang-mentang dilindungi oleh undang-undang, mereka sudah pandai besar kepala! Siapa sangka lauk yang sedap ini semakin ditakuti.  😀 😀

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...