loading...

“Saya Tidak Dapat Balik. Duit Saya Hilang…”

Di Nigeria seorang gadis berusia 14 tahun telah dihantar oleh ibubapanya ke bandar atas urusan tertentu.

Apabila tiba di bandar, baru disedari yang semua duitnya telah hilang. Berseorangan di bandar tanpa orang yang dikenali membuat fikirannya buntu. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Dalam kebuntuan dia duduk di tepi jalan dan mula menangis.

Rupanya segala tindak-tanduknya diperhatikan oleh seorang anggota polis bernama Barau Garba. Sebagai anggota polis memang menjadi kewajiban untuk membantu orang awam yang ditimpa masalah, lebih-lebih lagi anak-anak bawah umur.

Garba datang mendekat dan bertanya masalahnya. Gadis itu pun menceritakan masalah yang dialaminya. 

Selepas berfikir sejenak, Garba berjanji untuk membantunya. Garba mengajak gadis itu ke rumahnya. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, sudah tentu tawaran ini sangat dialu-alukan olehnya. Siapa lagi yang diharap di bandar asing ini kalau bukan Garba si anggota polis yang baik hati ini.

Malangnya segala harapannya punah apabila sampai saja di rumah, Garba mula menunjukkan belang dan niat sebenarnya. Tidak seperti yang dijanjikan, dia malah dikurung dan dijadikan hamba pemuas nafsu. Selama bebrapa hari dia dipaksa melayan keinginan Garba.

Kemudian pada hari ke-6, gadis malang itu berjaya mencuri cell phone Garba. Dia segera menghubungi ayahnya dan menceritakan segalanya.

Ayahnya segera menghubungi polis. Akhirnya gadis itu berjaya diselamatkan. Sementara itu Garba ditahan dan dibicarakan atas dakwaan menculik dan merogol gadis bawah umur.

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...