loading...

Rendahnya Martabat Diberikan Ibu Kepada Seorang Bayi

KUALA LUMPUR — Dibalut dengan kain batik dan diletakkan dalam beg kertas…begitu rendahnya martabat diberikan ibu kepada bayinya sendiri.

Namun bayi itu yang ditinggalkan di surau stesen minyak Petronas Taman Equine, Seri Kembangan di sini awal hari ini ditemukan sihat.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alis berkata bayi berkenaan dijumpai orang awam pada jam 7.26 pagi.

“Bayi itu disahkan sihat dan dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis sedang mengesan ibu bapa atau penjaga kepada bayi itu.

Beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini segera berhubung dengan pihak polis untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi. — BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...