loading...

Ketika Mengandung, Tanpa Disangka Dia Hamil Lagi

Ketika sedang hamil enam minggu, tanpa disangka dia hamil lagi. Pelik? Atau tidak faham dengan ayat pertama?

Begini… ketika usia kandungan Jessica Allen mencecah 6 minggu, doctor mendapati dia mengandung seorang janin lagi.

Maksudnya ketika dia sedang mengandung, tanpa disangka dia dihamilkan sekali lagi, atau mengandung ketika mengandung.

Kisahnya bermula ketika Jessica 31 tahun yang berasal dari California setuju untuk menjadi ibu tumpang kepada sepasang suami isteri berbangsa Cina yang teringin sekali punya anak.

Pada bulan April 2016, kaedah in vitro telah dilakukan untuk menghasilkan embrio (bayi) pasangan Cina tersebut. Kemudian embrio tersebut ditanam ke dalam rahim Jessica.

Kalau mengikut proses biologi, apabila seseorang itu hamil, secara automatic tubuh si ibu akan mencegah kehamilan kedua sepanjang kehamilan berlaku. Tubuh akan menghalang pelepasan ovum (telur) wanita ke rahim.

Sebab itulah apabila berlaku hubungan seks ketika mengandung, tiada persenyawaan kedua berlaku.

Tapi dalam kes luarbiasa Jessica, tanpa disangka dia mengandung lagi ketika mengandungkan anak pasangan Cina tersebut.

Maknanya dua bayi dalam satu rahim tapi berbeza ibubapa, berbeza waktu kehamilan. Bayi yang lebih tua milik pasangan Cina yang dihasilkan melalui proses teknologi, sedangkan bayi yang lebih muda adalah milik Jessica dan pasangannya Wardell Jasper (lelaki berkulit hitam) melalui proses semulajadi (hubungan kelamin).

Oleh kerana jarak waktu kehamilan kedua-dua bayi ini adalah dekat, mereka dilahirkan pada hari yang sama.

Sebulan selepas dilahirkan, ciri-ciri fizikal kedua bayi tersebut mula menonjol dan berbeza. Bayi pasangan Cina memiliki ciri fizikal Asia, sedangkan bayi kedua kelihatan seperti campuran kulit putih – kulit hitam.

Disebabkan kehamilan yang tidak dijangka ini, berlaku masalah dan percanggahan dalam mentafsir perjanjian antara pasangan Cina dengan Jessica, sehingga status pemilikan bayi kedua menjadi samar. Akibatnya berlaku perebutan hak jagaan bayi kedua.

Walau bagaimanapun, selepas melalui proses di mahkamah, Jessica dan pasangannya Wardell berjaya mendapat hak penjagaan bayi mereka. Sementara itu bayi pertama kekal menjadi milik pasangan Cina terbabit.

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...