Anak-anak muda hari ini banyak terpengaruh dengan budaya kuning yang tersebar di negara kita daripada negara-negara barat seperti Amerika Syarikat. Salah satu daripada nilai buruk yang dibawa ke negara kita ialah budaya gangster dan budaya ini banyak tersebar di sekolah-sekolah menengah.
Ramai anak muda yang menganggap ini perkara biasa kerana mereka mahu kelihatan "cool" di hadapan rakan-rakan mereka. Jadi mereka mulalah terlibat dengan gejala-gejala buruk dan gejala ini selalunya bermula dengan menghisap rokok dan kemudian satu persatu tahap gejala sosial ini tidak dipertingkatkan. Banyak remaja sekolah yang mengikuti kumpulan gangster kerana terpengaruh dengan rakan sebaya.
Tanpa kita sedari, banyak kumpulan gangster yang ditubuhkan di negara kita. Sejarah negara kita juga tidak terkecuali dengan banyak kes-kes jenayah yang telah dilakukan oleh gangster-gangster dalam mendapatkan wang secara haram dan menyebarkan pengaruh mereka dengan lebih luas.
Hari ini penulis ingin berkongsi gangster berbahaya yang pernah bertapak di Malaysia. Kita hidup berbilang kaum dan tanpa kita sedari gangster-gangster ini pun berbilang kaum.
4. Sunny Chai
Sunny Chai merupakan ketua kepada salah satu kumpulan rompakan yang berbahaya iaitu Gang M16. Kumpulan rompakan ini bergiat aktif pada awal tahun 2000 dan ahli-ahli kumpulan ini hanya terdiri daripada mereka yang sudah meningkat usia iaitu sekitar 40-an. Anda sendiri dapat meneka senjata rompakan mereka daripada nama kumpulan ini, sudah tentulah senapang M-16.
Mereka gemar merompak kedai-kedai emas tetapi sukar untuk mengenal pasti identiti ahli kumpulan ini disebabkan topeng yang dipakai mereka namun polis sudah mengetahui identiti ketua kumpulan mereka iaitu Sunny Chai. Mereka yang mengenali Sunny Chai mungkin terkejut dengan rahsia sebenarnya kerana dia mempunyai topeng di hadapan orang ramai.
Sunny Chai yang bersembunyi di sebalik kerjaya siang harinya iaitu seorang ahli usahawan dan dia juga sangat rapat dengan ahli politik dan pegawai polis sendiri menyebabkan ramai juga yang tertipu. Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk melakukan rompakan di siang hari namun pada waktu malam dia hanya berlakon seperti tiada apa yang berlaku.
Dia juga merupakan pemilik kedai emas, restoran, aksesori kereta, kedai tayar, snuker dan bisnes servis penghawa dingin. Ramai yang membeli emas daripada kedainya sebenarnya tidak tahu bahawa barang kemas yang dijualnya sebenarnya hasil rompakan. Sunny Chai juga pernah menjemput Timbalan Menteri untuk merasmikan kedainya tanpa dia menunjukkan betapa liciknya dia.
Sunny Chai mempunyai seorang orang kanan yang sangat dipercayai iaitu Elvis tetapi ternyata kadang-kadang orang yang kita mempercayai juga boleh membawa padah kepada diri kita. Sebelum kita masuk ke kisah bagaimana Elvis dan Sunny Chai bertempur, anda harus tahu tentang kesilapan yang dilakukan oleh Sunny Chai.
Disebabkan terlalu tamak, dia melakukan silap besar apabila dia mula terlibat dalam penculikan selain mula memeras ugut hartawan-hartawan. Ini menyebabkan kumpulan lebih terdedah sekali gus menyebabkan pihak polis mengesyaki mereka. Ini menyebabkan berlaku pergaduhan dalam organisasi mereka.
Pada tahun 2002, berlaku pergaduhan antara Sunny Chai dan Elvis menyebabkan mereka berdua berpisah dan membawa haluan masing-masing. Pada Disember 2002, Sunny Chai cuba melarikan diri daripada polis ketika membawa kereta Proton Waja miliknya dan melanggar kereta pihak polis yang mengejarnya.
Disebabkan keretanya hilang kawalan, pelanggaran tersebut membawa padah kepada dirinya kerana berlaku pertempuran tembak menembak. Akhirnya Sunny Chai dan seorang ahli kumpulannya berjaya ditembak ati oleh polis. Elvis tidak berjaya dikesan dan khabar angin mengatakan dia sudah terbang ke luar negara.
3. Mat Komando
Mat Komando atau nama sebenar Ahmad bin Mohd Arshad merupakan bekas tentera melayu yang berada dalam kumpulan unit komando elit Tentera Diraja Malaysia. Selepas 2 tahun dia menjadi tentera, dia membuat keputusan untuk berhenti meneruskan kerjayanya dan masih tidak diketahui sehingga sebab mengapa dia berhenti.
Selepas dia berhenti menjadi tentera, dia melakukan kerja-kerja berpendapatan rendah seperti menjadi pemandu lori, teksi dan bas. Kerja-kerja ini hanya dilakukan untuk menampung dirinya dan keluarga tetapi disebabkan kerja-kerja ini tidak mungkin tidak menguntungkan, dia mengambil keputusan untuk bertukang haluan.
Namun siapa sangka, pekerjaan seterusnya merupakan kerjaya yang berbahaya kepada masyarakat. Dia menubuhkan Gang 13 iaitu kumpulan gangster yang mengikuti gaya ketenteraan disebabkan latar belakangnya yang sebegitu. Gang 13 melakukan rompakan pertamanya di ladang kelapa sawit di mana pemilik ladang tersebut menyimpan wangnya berdekatan ladang tersebut.
Betapa ciliknya Mat Komando kerana tidak merompak bank sebaliknya merompak tempat-tempat yang mampu memberi wang yang banyak tetapi dalam masa yang sama tidak begitu berisiko kerana tiada kawalan ketat di ladang berbanding kawalan yang sangat ketat di bank.
Rompakan demi rompakan memberi keyakinan dan terus melakukan rompakan bersiri. Rompakan mereka kesemuanya lebih kurang 50 rompakan semua sekali dan mereka berjaya mendapatkan keuntungan sehingga RM2 juta lebih. Gang 13 ini menggunakan senjata yang terkenal dalam kalangan tentera iaitu M16 semasa rompakan yang berlaku antara 2001 hingga 2002.
Walaupun mereka tidak berjaya ditangkap pada awalnya, polis telah melancarkan Operasi Api Sawit bagi menangkap kumpulan ini. Disebabkan kecuaian mereka semasa rompakan kerana mereka tidak memakai topeng, ini memudahkan kerja polis untuk menangkap mereka.
Pada suatu hari, Mat Komando bercuti di resort yang terkenal di Kedah tetapi disebabkan penjaga kaunter resort itu mengecam mukanya, dia terus menghubungi polis. Laporan itu menyebabkan berlakunya kejadian tembak menembak dan akhirnya polis berjaya memberkas beberapa ahli Gang 13. Malangnya, Mat Komando dan seorang rakannya berjaya melarikan diri.
Lokasi Mat Komando Ditembak Mati
Polis mendapat maklumat bahawa mereka berdua akan berjumpa di satu rumah tetapi mereka berjaya melarikan diri. Disebabkan maklumat ini tersebar kepada polis, Mat Komando berasa marah dan membelasah rakannya. Namun tindakannya itu membawa padah kerana rakannya takut akan dibunuh oleh Mat Komando, jadi dia menyerah diri kepada polis sebelum melaporkan lokasi Mat Komando.
Lokasi tersebut merupakan sebuah kampung di Baling, Kedah dan pada 12 September 2002, 10 ahli unit tindakan khas polis bersama Unit Tindakah Khas (UTK) menyerbu kampungnya. Mat Komando akhirnya tewas dan mati ditembak selepas bertarung mati-matian dengan polis.
2. Bentong Kali
Bentong Kali merupakan seorang lelaki india yang diberi nama Kalimuthu A/L Pakirisamy. Anak kelahiran Pahang ini terkenal pada zaman 1990-an kerana dia terlibat dengan 17 kes pembunuhan selain melakukan keganasan dalam menakutkan-nakutkan penduduk Malaysia. Selain itu, dia juga terlibat dalam kes penyeludupan dadah jenis heroin
Dia tidak takut dengan polis kerana dia pernah mencabar polis untuk menangkapnya dan berita ini tersebar menjadi muka depan suratkhabar. Kerjayanya sebagai seorang penjenayah bermula sejak kecil lagi di mana dia pernah ditahan pada umur 14 tahun. Walaupun dipenjara sejak kecil, dia tidak pernah bertaubat dan terus melakukan gejala gangsternya selepas dibebaskan pada umur 19 tahun.
Bentong Kali kembali ke kancah gangsterisma apabila dia menyertai kumpulan gangster cina yang dikenali sebagai Gang 04 di Betong, Pahang. Dia aktif menjalankan jenanahnya di Brickfields, Segambut, Sungai Way dan Ampang. Dia kemudiannya ditangkap pada Julai 1985 di bawah Ordinan Kecemasan dan ditempatkan di penjara Penang sebelum dibebaskan semula pada 1987.
Dia tidak lagi menyesal namun kali ini dia memilih untuk memulakan kumpulannya sendiri dia Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan kumpulannya masih mempunyai nama yang sama iaitu Gang 04. Kumpulannya bebas menyeludup dadah dan dia pernah ditangkap pada April 1980 di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pada tahun 1991, dia melakukan keganasan dengan membunuh ramai orang awam yang menyebabkan polis terpaksa melancarkan operasi untuk menangkapnya. Operasi ini dipanggil "Ops Buncit" pada Jun 1993 yang disertai oleh hampir 200 pegawai polis. Kekejamannya memang sangat jahat kerana polis mengatakan bahawa pembunuhannya sekadar untuk memuaskan perasaan sendiri.
Polis akhirnya bertindak siang malam untuk menangkapnya dan maklumat ini disebarkan sehingga ke negara-negara sempadan seperti Thailand kerana dikhuatiri dia akan melarikan diri ke negara lain. Sebanyak RM100,000 ditawarkan bagi sesiapa yang dapat memberi maklumat tentang Bentong Kali.
Akhirnya polis berjaya menembak mati Bentong Kali selepas mendapat maklumat tempat persembunyiannya di rumah teres Medan Damansara, Kuala Lumpur. Perintah Operasi Khas daripada Bukit Aman diperintahkan kepada polis untuk menyerbu rumahnya pada 29 Jun 1993. Dia ditembak tepat di kepala dan rakan-rakannya juga berjaya dibunuh.
1. Botak Chin
Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin dilahirkan dalam keluarga yang ramai iaitu sebanyak 10 orang adik beradik di Kuala Lumpur pada tahun 1951. Dia mendapat pendidikan di sekolah rendah jenis Cina di Sentul Pasar sebelum melajunkan pelajar di sekolah Inggeris.
Kehidupan awalnya agak susah kerana dia terpaksa berhenti sekolah seawal 15 tahun dan terpaksa bekerja sebagai pembantu pasar di pasar borong. Disebabkan kawasan tersebut dikuasai oleh kongsi gelap (Geng 360), Botak Chin terpengaruh dengan dakyah ini dan menyertai kumpulan gangster ini.
Selepas kematian ibunya, dia banyak terlibat dengan jenayah-jenayah kecil seperti mencuri bersama rakan-rakannya. Dia bersama dua orang rakannya melakukan rompakan pertama mereka pada 19 April 1969 di mana dua orang rakannya itu memilik pistol sendiri.
Setelah rompakan pertamanya, dia membuat keputusan untuk mendapat senjatanya sendiri iaitu revolver .22 lalu menubuhkan kumpulannya sendiri. Dalam sebulan sahaja dia telah melakukan 8 rompakan pada September 1969 namun malang tidak berbau apabila kegiatannya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis. Dia dihantar ke penjara selama 7 tahun dan kemudian dibebaskan pada November 19734.
Setelah dibebaskan, dia cuba untuk berubah menjadi seperti orang biasa namun untung daripada menjual sayur sudah tentu tidak dapat memenuhi nafsunya sendiri. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk kembali bergiat aktif pada April 1975 dengan 3 orang rakan baru iaitu Ah Wong, Pangkor Chin dan Seh Chai. Setelah membeli senjata api daripada Thailand, dia terus melakukan rompakannya pada 2 Jun di sebuah pusat perjudian haram dengan keuntungan RM5800.
Rompakan Botak Chin dan rakan-rakannya pada 2 Julai berjaya mengutip sehingga RM95,000 daripada sebuah bank di Jalan Imbi. Dia mendapat RM25,000 daripada keseluruhannya dan wang itu dia gunakan untuk membeli kereta Datsun. Rompakan mereka seterusnya terletak di sebuah kuil Cina di Jalan Kolam Ayer dan RM10,000 wang berjaya dilarikan bersama beberapa barang kemas.
Kes rompakan ini mendapat perhatian polis dan terutamanya Deputi Superintendan S Kulasingam yang mana dia ditugaskan untuk memburu Botak Chin sehingga dia diberkas. Pasukan polis terus memburunya tanpa henti dan akhirnya pada bulan September, polis dapat mengesan kereta Alfa Romeo yang dicuri oleh Botak Chin dan rakan-rakannya.
Walau bagaimanapun polis gagal memberkas Botak Chin kerana dia berjaya melarikan diri bersama rakan-rakan setelah mereka merampas kereta Volvo milik pegawai bank. Rompakan terbesar mereka berlaku pada 26 Oktober 1975 dan mereka berjaya merompak sebanyak RM218,000 selepas menembak pengawal keselamatan di Kelab Lumba Kuda.
Setelah lama menjadi ketua, ramai yang iri hati dengan Botak Chin. Ini menyebabkan rakannya sendiri Ah Wong dan seorang ketua geng Lima Jari Gunung iaitu Tua Pui Lek ditembak mati olehnya di kawasan lombong tinggalan di Jinjang. Seh Chai iaitu seorang lagi rakannya telah membunuh diri selepas dikepung oleh pihak polis di Jalan Aor.
Setelah lama diburu, akhirnya Botak Chin berjaya diberkas pada malam 16 Februari 1976 setelah perancangan rapi dibuat oleh pihak polis. Sejarah tercipta apabila Botak Chin menjadi orang pertama mengaku bersalah apabila didakwa oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dia dihukum mati mandatori dan digantung pada 11 Jun 1981 di Penjara Pudu.
Fakta menarik tentang Botak Chin walaupun ada perkataan botak dalam namanya tetapi dia sendiri mempunyai gaya rambut yang tersendiri. Sebenarnya Botak itu dikatakan akronim bagi Bantu Orang Tidak Ada Kerja.
sumber:
- Wiki Botak Chin
- Wiki Bentong Kali
- Belog Mystery
- The Star
- Utusan Online
- Kongsion Blog