loading...

Wanita Melecur Fon Kepala Terbakar, Dalam Penerbangan

SYDNEY – Seorang wanita melecur pada muka dan tangan selepas fon kepala berkuasa beteri yang digunakannya terbakar ketika dalam penerbangan ke Australia.

Pegawai penerbangan memberi amaran mengenai bahaya membawa alat peranti menggunakan bateri dalam pesawat.

Penumpang pesawat terbabit sedang mendengar muzik menggunakan fon kepala berkuasa bateri dan tertidur dalam penerbangan dari Beijing ke Melbourne pada 19 Februari, apabila tiba-tiba kedengaran satu letupan kuat.

“Saya terasa suatu terbakar pada muka. Saya tanggalkan fon kepala dan mencampaknya ke lantai.

Ketika itu ia masih mengeluarkan percikan api,” kata wanita itu kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang menyiasat kejadian itu.

Atendan penerbangan segera memberi bantuan dengan mencurah sebaldi air pada fon kepala itu, tetapi bateri dan penutupnya sudah cair dan melekat pada lantai pesawat.

Gambar menunjukkan wanita yang tidak dinamakan itu mempunyai kesan hitam pada muka dan leher serta lecur di tangan, manakala penumpang lain batuk dan sesak nafas akibat bau plastik dan rambut terbakar sepanjang penerbangan itu.

Biro keselamatan pengangkutan, yang tidak menamakan syarikat penerbangan terbabit, berkata bateri lithium-ion dalam peranti itu mungkin terbakar.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, beberapa insiden yang membabitkan bateri litium terbakar direkodkan termasuk kejadian yang mana penumpang penerbangan yang sepatutnya berlepas dari Sydney tahun lalu diarahkan keluar dari pesawat apabila asap dilihat dari bagasi tangan penumpang. Ia kemudiannya mendapati bahawa bateri litium terbakar. – AFP/BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...