loading...

Musim ‘Sakura’ Tiba Di Kedah

ALOR SETAR – Musim bunga ‘sakura’ kembali lagi apabila ratusan pokok tecoma atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea di sepanjang Jalan Langgar dan Jalan Kuala Kedah di sini sudah mula berbunga.

Ketua Bahagian Landskap dan Rekreasi Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Mohd. Faizal Abu Bakar berkata, lebih 100 pokok tecoma di dua jalan utama itu telah berbunga dan mekar sejak dua hari lalu,lapor Kosmo.

“Orang ramai kini boleh menikmati pemandangan indah bunga berwarna putih dan merah jambu yang menghiasi deretan pokok tecoma di sekitar bandar raya ini terutama di sepanjang dua jalan utama itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, selain dua jalan utama tersebut, pokok tecoma di beberapa kawasan sekitar pusat bandar ini juga dijangka berbunga dengan lebat tidak lama lagi.

“Musim bunga ini kebiasaannya akan bertahan dalam masa dua minggu bergantung kepada keadaan cuaca yang mana bunga akan cepat gugur sekiranya berlaku hujan,” ujarnya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...