loading...

Memalukan! Tempat Parkir Di Kelantan Jadi ‘Kolam Biak Nyamuk’, Kata Husam Musa

KUALA LUMPUR — “Memalukan!” Demikian ungkapan bekas exco Kelantan terhadap parkir tingkat bawah sebuah pasar di negeri itu yang digenangi air.

Kompleks Bazar Abdul Rahman Auf, milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), dinamakan sempena sahabat Nabi yang kaya.

“Namun keadaannya memalukan. Bahagian bawah dipenuhi air sejak sekian lama. Pusat pembiakan nyamuk yang ideal,” katanya, kini penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) negeri.

Husam, wakil rakyat Salor, juga menyindir jika kawasan parkir itu ditambah air, ia boleh “menjadi kolam ikan” untuk menarik pelancong.

“Jika diletak ikan arapaima, mungkin boleh menarik kunjungan pelancong,” kata bekas naib presiden PAS itu di Facebook.

Jika kerajaan negeri itu prihatin, tambahnya, sebuah pam sudah mencukupi untuk mengeringkan kawasan itu.

Kawasan parkir di tingkat bawah Kompleks Bazar Abdul Rahman Auf di Rantau Panjang, Kelantan dibiar tergenang air. — Foto ihsan Facebook/Husam Musa

Husam turut memuatkan beberapa keping foto keadaan daif Kompleks Bazar Abdul Rahman Auf dan tapak pasar lama Pasir Mas yang kelihatan bersepah.

“Jika dibersihkan dan dihias menjadi taman kecil, rasanya lebih menepati Membangun Bersama Islam,” katanya lagi. – MalayMail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...