loading...

Lepas Bidas MP, Zaid Pekena Roti Canai Jalan Transfer

Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim hari ini membidas sikap wakil rakyat dan kuasa eksekutif yang sering bungkam berdepan pengaruh luar, seperti badan berkuasa agama.

Katanya, Malaysia sudah membelanjakan jutaan ringgit untuk mengadakan pilihan raya tetapi golonganyang patut mempertahankan kepentingan rakyat itu akhirnya tidak bersuara.

Beliau membangkitkan beberapa kes, seperti Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) lawan Sisters in Islam (SIS) di mahkamah susulan fatwa yang menyesatkan NGO hak-hak wanita itu.

“Apabila MAIS keluarkan fatwa SIS kumpulan ‘sesat’ kerana SIS lebih terbuka terhadap Islam berbanding yang lain, kerajaan negeri dan wakil rakyat diam menyepi,” katanya.

Bekas menteri undang-undang itu justeru membangkitkan sama ada wakil-wakil rakyat di Malaysia hanya memikirkan tentang karier politik masing-masing.

“Jadi nampaknya memang pilihan raya adalah segala-galanya dalam negara ini, manakala menunjukkan kepimpinan dan mempertahankan undang-undang dan demokrasi adalah perkara kedua,” katanya.

“Ini menyedihkan saya, jadi saya makan roti canai di Jalan Transfer, Pulau Pinang untuk melegakan kesakitan ini,” katanya sambil berkata ia pandangan peribadinya, bukan DAP yang disertainya.-Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...