loading...

Konflik Di Melaka, Kini DAP Diambang Kehancuran

Selepas empat wakil rakyat DAP di Melaka bertindak keluar parti pada 12 Februari lalu, genap sebulan sejurus itu seramai 182 ahlinya pula mengikut jejak demikian.

Alasan mereka adalah sama, hilang kepercayaan kepada pemimpin utama parti khususnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Mereka yang bertindak keluar parti ini merupakan akar umbi dari tempat asal dua pemimpin utama DAP itu sendiri.

Apa maknanya jika orang kampung Kit Siang dan anaknya sendiri yang sudah tidak percaya kepada mereka? Tidakkah ia petanda bahawa kepimpinan mereka tidak lagi dihargai?

Menurut sumber dalaman, mereka mempertikaikan ketelusan Legasi Lim dalam soal perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ apabila kini bersubahat dengan Mahathir yang dulu konsisten memanggil DAP sebagai rasis.

Apatah lagi akhir bulan ini kes perbicaraan skandal rasuah melibatkan Guan Eng bakal dibicarakan, maka ia menambah lagi rasa tidak puas hati dan tidak percaya kepada pemimpin DAP.

Mereka seolah-olah diperbodohkan dan dibohongi oleh Legasi Lim yang sebelum ini dicanang sebagai anti rasuah, namun diakhirnya Setiausaha Agung DAP sendiri yang terlibat skandal rasuah.

Ini adalah petanda kehancuran DAP yang akan bermula di negeri Melaka. Tunggulah virus kehancuran DAP ini akan merebak ke negeri-negeri lain pula tidak lama lagi.

CEC DAP masih belum diselesaikan sampai sekarang. Pengganti Guan Eng juga belum diumum. Inilah wajah parti yang menggunakan nama demokrasi tetapi sebenarnya kuku besi.

Sudah ada 67 orang pemimpin DAP yang disingkir dari DAP kerana melawan rejim Lim Kit Siang. Dinasti parti DAP selama 51 tahun hanya dikuasai oleh satu nama sahaja iaitu Kit Siang.

Di Korea Utara, parti Democratic People of Korea yang berkuasa selama 69 tahun pun bertukar 3 orang pemimpinnya. Di Malaysia, Democratic Action Party, DAP hanya dikuasai oleh dinasti Lim sahaja sejak tahun 1967.

Saat kejatuhan DAP sudah mulai kelihatan. Lebih jelas bila perangai Kit Siang membela anaknya dalam isu rasuah banglo nampak terlalu ketara sangat. Sama seperti perjuangan Mahathir mahu menaikkan anaknya sebagai PM.

Kejatuhan DAP bermula dari dalam. Kerana sikap autokratik, kerana sikap tamak dan kerana dasar Lim Kit Siang yang hanya pentingkan keluarganya dan bukannya ahli ahli parti.

Bulan April ini, bulan kejatuhan parti roket. Angka 4 akan hantui DAP dan menghancurkan mereka. – Beruang Biru



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...