loading...

Gadis Panjat ‘Ipoh’ Kecewa Dikecam Orang Ramai

IPOH – Gadis yang memanjat papan tanda ‘IPOH’ di Jalan Kuala Kangsar di sini pada ketinggian 67 meter kecewa apabila menerima kecaman seolah-olah dia membuat kesalahan membunuh orang.

 

Norfarihan Baharudin, 23, yang enggan memberi kenyataan kepada Utusan Malaysia berkata, dia juga ‘penat’ ekoran kecaman yang diterima itu.

 

“I tak nak kasi keterangan langsung kat media. I penat kena kecam macam I ni bunuh orang. Maaf tau,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

 

Ditanya sama ada dia akan tampil memberikan keterangan kepada pihak polis, dia hanya menjawab: “Ada, takpe nanti I fikir.”

 

Dalam pada itu, tinjauan di laman Instagram peribadi gadis berusia 23 tahun itu hari ini juga mendapati kesemua gambar dan video yang memaparkan aksinya bersama rakan-rakan memanjat papan tanda tersebut, telah dipadamkan selepas ia tersebar di laman sosial.

 

Difahamkan, gadis yang menjalankan perniagaan dalam talian itu sangat gemar melakukan aktiviti lasak seperti mendaki bukit, selam skuba dan mengembara.

 

Tindakan gadis tersebut bersama sekumpulan rakannya yang rata-rata terdiri daripada gadis, memanjat papan tanda IPOH disifatkan cukup membahayakan kerana perkataan itu dipasang pada bukit batu kapur setinggi 61 meter.

 

Malahan, struktur perkataan IPOH tersebut terdiri daripada binaan setinggi enam meter, menjadikan mereka berada pada ketinggian 67 meter tanpa sebarang penggunaan tali keselamatan. – UTUSAN



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...