KUALALUMPUR – PAS Pusat menyokong desakan supaya menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) pada era 1980-an seperti pendedahan dokumen laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Menurut Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Khairuddin Aman Razali setiap siasatan yang dilihat mempunyai ketidaktelusan harus diambil tindakan tidak kira melibatkan ‘jerung’ atau ‘bilis’.
“Siasatan perlu dibuat bagi semua isu yang menimbulkan keraguan dan melibatkan harta rakyat.
“Kita menuntut penjelasan lebih tuntas termasuk berkaitan 1MDB, begitu juga jika benar seperti pendedahan (Penolong Gabenor Bank Negara) Datuk Murad Khalid, siasatan perlu dibuat melibatkan sesiapa sahaja tanpa mengira jerung atau bilis.
“Kita tidak mahu kerajaan mengamalkan pendakwaan terpilih,” katanya kepada BBBBC. my portal.
Terdahulu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan,
“Lebih utama bekas Penolong Gabenor Bank Negara sendiri mendakwa tiada siasatan dilakukan walaupun kerugian dialami negara amat besar iaitu AS$10 bilion (RM44.32 bilion),” katanya dalam kenyataan.
Justeru, beliau mendesak kertas siasatan baru dibuka terhadap pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak segera.
Skandal pada era 1980-an itu kembali diperkatakan ekoran pendedahan dokumen CIA selepas tidak lagi diklasifikasikan sebagai sulit, minggu lalu.
Dokumen itu mendakwa walaupun tiada “kaitan terus” dapat disahkan antara Dr Mahathir dengan skandal itu, tetapi ia tetap menjejaskan pentadbiran beliau ketika itu. – Bnbbc
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Operasi Pencerobohan Tanah Di Pahang, Sebanyak 60 ...

Little Progress Under Grs, Time For Warisan To Ret ...

Whatsapp Uji Ciri Buat Group Kosong, Tambah Ahli ...

Rafizi Bongkar Modal Lama Pas & Pn Berkempen, ...