KUALA LUMPUR – “Eloklah dibanteras rumah urut haram tu. Banyak buruk dari baiknya. Untuk imej pun memang tak elok,”kata Adun Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai isu rumah urut haram yang semakin berleluasa di Selangor.
“Sepatutnya Azmin kena pekalah. Tak boleh diam dan lepas tangan. Gunakan undang-undang yang ada. Jangan bagi ia hidup,”katanya selepas dihubungi SuaraTV.
Tambahnya, sikap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu disifatkan sebagai menyukai aktiviti sekali gus menggalakkan pertumbuhan rumah urut haram di negeri itu.
“Ini tidak. Macam suka dan menggalakan lagi. Kita dengar premis-premis urut ini makin hari makin membiak,”katanya.
Terdahulu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos melakukan protes rumah urut di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan menerima pelbagai respon orang ramai mengenai perkara itu.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW