loading...

Jambatan Batang Sadong Dinamakan Jambatan Tan Sri Adenan Satem

KUCHING – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata beliau amat bersetuju dengan cadangan supaya Jambatan Batang Sadong yang pembinaannya baru siap, dinamakan sebagai Jambatan Tan Sri Adenan Satem bagi memperingati sumbangan bekas Ketua Menteri Sarawak itu kepada negeri ini.

 

“Saya tidak ada bantahan, bagaimanapun terserah kepada kerajaan untukmembuat keputusan. Saya akan menyokong sebab bekas ketua menteri kita itu juga merupakan bekas Anggota Parlimen Batang Sadong.

 

“Ia sebenarnya cara yang terbaik untuk memperingati seseorang tetapi saya serahkan kepada kerajaan dan bukanlah bagi saya untuk membuat keputusan,”katanya dan menambah, langkah itu merupakan suatu legasi yang baik bagi Sarawak.

 

Ditanya sama ada terdapat tempat lain yang boleh dinamakan bersempena nama Allahyarham Adenan, Nancy yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong, menarik perhatian bahawa ada banyak tempat di Sarawak yang boleh dinamakan bersempena nama Adenan.

 

“Beliau (Adenan) adalah tokoh yang menggalakkan keharmonian dan perpaduan, mungkin beberapa taman di negeri ini juga boleh dinamakan sebagai memperingati legasi beliau,” katanya.

 

Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48km bernilai RM231 juta dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 Disember tahun lepas. – Bernama



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...