Sering diangkat sebagai duta produk, ada yang mendakwa keluarga Awal Ashaari dan Scha al-Yahya antara keluarga selebriti terkaya di Malaysia lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak perempuan mereka, Lara Alana. Bagaimanapun, Awal menafikan perkara berkenaan namun mengakui kombinasi mereka sebagai keluarga turut memberi kelebihan.
BACA: Scha al-Yahya Rindu Untuk Hamil Lagi
“Kami mungkin ada nilai tersendiri dan apabila digabungkan untuk membuat kemunculan, harga yang dibayar secara keseluruhan nampak mahal. Tetapi kadang-kala ada pihak hanya meminta satu publisiti, tetapi mendapat tiga sekali gus termasuk publisiti menerusi Instagram kami”
“Bagi saya nilai berkenaan setimpal dengan keperluan yang diminta oleh syarikat yang menawarkan peluang dan ia tidak semahal menaja kelab bola sepak,” jelasnya kepada MalaysiaKini mengenai dakwaan mereka antara keluarga yang terkaya di Malaysia.
Walaupun mereka sering dituduh menjual anak, Awal tidak pernah mengambil pusing dan enggan menolak rezeki yang diberikan selepas kehadiran cahaya mata pertama mereka itu. Malah dengan rezeki yang melimpah juga membuatkan mereka mampu memberikan yang terbaik buat Lara. (rkty/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW