JAKARTA – Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi kesal dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang menguatkuasakan sekatan terhadap rakyat dari beberapa negara majoriti penduduk Islam.
Menerusi arahan eksekutif yang ditandatangani baru-baru ini, Trump mengenakan larangan masuk pelarian dari Syria dan rakyat dari tujuh negara majoriti Islam. Bagaimanapun, Indonesia yang mempunyai populasi penduduk Islam tertinggi dunia tidak tersenarai dalam larangan itu.
Tiada negara dari Asia Tenggara turut dimasukkan dalam senarai itu. Indonesia mempunyai hubungan rapat dengan AS, malah sebahagian besar
Malah, Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam kenyataan selepas majlis angkat sumpah Presiden Trump, yakin hubungan kedua-dua negara akan terus kekal erat bagi faedah bersama.
Dalam pada itu, Retno memaklumkan rakyat Indonesia tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan visa ke AS. Namun, beliau menasihatkan rakyat Indonesia yang kini berada di Indonesia supaya bertenang dan sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang AS. – AGENSI/BH
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Penyewa Inap Desa Rugi Rm2,000 ...

Samsung Dilapor Tunda Pelancaran Galaxy S25 Edge ...

Terpadamnya Pelita Syawal Lakonan Zamarul Hisham,f ...

Seluar Dalam Berlubang Meski Kekayaan Capai Rm ...