loading...

“Menyanyi Lagi Senang Dari Berniaga” – Ziana Zain

Mengakui serius dalam perniagaan tudung yang dilakukannya, Ziana Zain mendedahkan bahawa bukan mudah untuk seseorang itu untuk memulakan perniagaan. Malah Ziana sendiri melalui proses itu bagaimana mengeluarkan produk bermula dari awal.

BACA: Ziana Zain: Ada Artis Perasan Cantik, Tapi Sebenarnya Tidak

“Sebenarnya kalau sekadar cakap, tetapi apabila kita sudah terlibat, kita tahu sangat susah. Banyak perkara dan prosedur yang perlu dibuat dan difikirkan sebelum produk tersebut dapat dijual. Antara cabarannya adalah ialah soal pemilihan kain, kerja kerja produksi, promosi, mencari stokis dan banyak lagi”

“Saya sendiri melalui kepayahan ini, jadi dari situ saya sedar begitu susah nak buat bisnes. Pernah terdetik dalam hati, rasanya menyanyi lagi senang daripada buat bisnes,” katanya kepada Utusan Online.

Walaubagaimanapun, Ziana dalam masa yang sama menyatakan bahawa dia gembira dengan pengalaman tersebut, satu bidang yang yang belum pernah diceburinya itu. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...