KUALA LUMPUR – Kali pertama berganding dengan Emma Maembong dalam projek drama bersiri, aktor kacak dari Singapura, Hisyam Hamid berasa cukup selesa.
Mengutip pengalaman dalam projek drama 16 episod, ‘Sayang Papa Saya Tak’ yang disiarkan Astro Ria dan Astro Ria HD pada 9 Januari lalu, Hisyam teringat detik menyeronokkan beraksi dengan Emma.
“Emma pelakon yang sangat berdisiplin. Sifat ‘gila-gila’ membuatkan kerja lakonan kami jadi senang. Saya tumpang gembira dengan komen peminat terhadap lakonan kami.
“Jenaka spontan Emma di lokasi menyeronokkan. Saya tidak sangka ada peminat mendakwa gelak sampai ‘guling-guling’ kerana keserasian kami,” katanya.
Hisyam memberitahu, drama
“Saya juga kali pertama bekerja di bawah arahan Amie Maziah. Segala-gala yang dilakukan buat kali pertama inilah yang menyerlahkan keseronokan, …memang ‘happening’,” katanya.
Dalam drama Sayang Papa Saya Tak yang akan berakhir Khamis depan, Hisyam memegang watak duda anak satu, Farish. Drama ini turut dibintangi Seri Aileen, Wan Sharmila, Izara Aishah, Aida Khalida, Luqman Hafidz dan Sweet Farhanna Qismina.-BH
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Perempuan Melawan Lara ...

Cinta Untuk Sekali Lagi Raya Lakonan Meerqeen, Ery ...

Telemovie Bendasing Lakonan Rosyam Nor, Mamat Khal ...

Dia Punya Hati ...