loading...

Pemandu GrabCar Meninggal Dunia Serangan Jantung

 

 

SEPANG – Seorang pemandu GrabCar sempat menghantar penumpang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini sebelum menemui ajal akibat serangan jantung pagi tadi.

 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kejadian itu berlaku selepas mangsa, Dedi Abdullah, 27, tiba di pintu utama KLIA2 selepas membawa penumpang dari Shah Alam ke lapangan terbang tersebut.

 

“Sejurus tiba pada pukul 7.30 pagi, mangsa mengalami sesak nafas lalu penumpang bertindak pantas dengan memanggil bantuan anggota polis trafik berhampiran.

 

“Pasukan paramedik dari Klinik Menara KLIA2 tiba tidak lama kemudian selepas dihubungi anggota trafik. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 8.20 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Menurut Abdul Aziz, mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat pada pukul 2.30 petang tadi dan keputusan mendapati lelaki itu meninggal dunia disebabkan oleh dua saluran jantungnya yang tersumbat. – Kosmo



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...