loading...

Pantai Kaca Jadi Tumpuan Pelancong

MOSCOW– Pantai Ussuri Bay di sini yang pada mulanya dijadikan tempat pembuangan kepingan botol kaca dan seramik pecah kini berubah wajah apabila menjadi tarikan pelancong disebabkan keunikan pantainya yang dipenuhi ‘permata’ berwarna-warni.
Portal Mail Online melapor­kan, pantai itu yang terletak tidak jauh dari Vladivostok kini dinaik taraf sebagai destinasi pelanco­ngan selepas dijadikan kawasan pelupusan bahan kaca semasa era Kesatuan Soviet.
Lebih menarik, pantai yang ‘dijenamakan semula’ sebagai Glass Beach atau ‘Pantai Kaca’ itu diwartakan sebagai antara kawasan yang dilindungi oleh kerajaan Rusia.

 

Menurut portal itu, ombak yang menghempas pantai me­ngubah kaca dan seramik yang tajam kepada butiran batu berwarna-warni yang akan bersinar setiap kali terkena pantulan cahaya matahari.

 

Siberian Times melaporkan, pihak berkuasa tempatan turut mengenakan bayaran kepada pelancong yang berminat me­ngunjungi Glass Beach bagi memastikan keaslian dan keunikannya terus terjaga.-Utusan

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...