KUALA LUMPUR – Pasangan panda, Xing Xing dan Liang Liang masih menjadi antara tarikan utama di Zoo Negara apabila pengunjung sepanjang cuti perayaan Tahun Baharu Cina begitu ramai memenuhi Pusat Pemuliharaan Panda di situ.
Tiba di negara ini pada 2014 untuk dipinjamkan selama 10 tahun, ia melambangkan hubungan diplomatik baik antara Malaysia-China.
Selepas setahun, Nuan Nuan lahir pada 18 Ogos 2015 dan dijangka dihantar ke Chengdu,
Ia bagi memenuhi syarat dalam Perjanjian Antarabangsa Pemuliharaan Panda Malaysia-China.
Sehingga kini, lokasi yang dihuni keluarga panda itu menerima lebih 4,000 pengunjung pada musim cuti.
Aksi dan gelagat panda tiga beranak itu ternyata menghiburkan pengunjung yang begitu teruja dengan haiwan berkenaan. – mstar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

#autoshanghai2025: Suv Off-road Jetour G700 Rasmi ...

Lepas Kini Subjenama Baharu Chery, Bakal Lancar Le ...

Khaled Anggap Pas Belum Move On Dari Dap Memb ...

Tahniah Anakku Untuk Kejayaan Cemerlang Dalam Spm ...